Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

KURSUS OH KURSUS..




Pada 19-21.10.10 ku n Jem mengikuti Kursus Tasawwur Islam di Institut Wilayah Islam, Besut, Terengganu. Pertama kereta rosak semasa perjalanan kene dekat2 RM 350 tukar arterneta..fuyo mahal gak cekik darah pa diorang ni..Sampai di Besut pihak pengurusan kata kami xleh nginap sana padahal awal2 lg dah bgtau kata nk check in awal..Usaha sampai dapat Alhamdulillah dapat nginap juga sana..kalo x,xtau la..dah la perjalanan jauh..huhu sabaq ja la..

Bermulanya kursus pada 19.10.10 kmi kene wat trademark masing2 supaya bg org senang kenal..ku ingatkan seseorang kawan tempat kerja so wat la trademark tuuuuu naaaaaa.....Di sebabkan trademakr tu sy kene lak dilantik jd ketua kumpulan huhu...sepanjang kelas orang duk sebut tuuu naaa ja..promoto perlisnyer loghat perlis sama mmg org2 belah klantan n ganu serta bandar suka loghat utara...hehe


Sesi permainan dadu dan permainan tupai dan pokok..best enjoy :)



Apa yang dapat dari kursus ini ialah setiap apa yang dilakukan mestilah kita lakukan dengan ikhlas dan untuk mendapat keberkatan rezeki dari Allah..

Kita juga janganlah mensiakan ibu bapa n keluarga kita selagi mereka masih ada berbaktilah kepada mereka setakat yang kita mampu.

Hidup ini perlulah sentiasa berpandukan Al-Quran n As- Sunnah kerana orang Islam yang hidup pada hr ni banyakmengikut acuan barat.

Dunia zaman ini penuh cabaran n globalisasi, memang mereka diluar sana yang dengki dengan Islam akan cuba sedaya upaya untuk menghancurkan umat Islam dengan apa cara sekalipon dan mereka sudah menodai kita dengan 5F iaitu fesyen, food , film , festival n satu lg xingat la..

Janganlah kita hanya mengaku bahawa kita ini Islam tapi hakikatnya kita tidak mengamalkan apa yang disuruh..

So renung-renungkan n slamat beramal :)








Friday, October 1, 2010

Apakah yang ada dalam kotak fikiran anda sekarang??

Apakah yang anda fikirkan sekarang???Adakah minda anda sihat?
Kita selalu fikirkan apa yang akan kita lakukan terbaik untuk diri kita tapi pernahkan kita terfikir untuk melakukan terbaik untuk kawan2 kita???? Berapa ramai kawan2 kita sanggup wat terbaik untuk kita???Ini juga salah satu persoalan yang juga kadang2 bermain difikiran kita.Hidup ini mmg susah diduga xkira di mana kita, siapa kita,kaya,miskin,hina semua ada belaka.



Kadangkala kita selalu melepaskan emosi kepada rakan2 kita yang kita sendiri tidak tersedar akan kita telah menyakiti hati mereka. Kadangkala seseorang itu memerlukan masa untuk diri sendiri tanpa diganggu,kadangkala itu setiap perkara yang berlaku didalam hidup ini perlu jawapan agar setiap org itu paham benda tersirat yang terjadi kepada orang tersebut dan mengelakkan manusia untuk berprasangka buruk sesama sendiri.

Kehidupan ini adalah anugerah ilahi bukan mudah untuk meneruskan kehidupandalam keadaan yang sangat2 berputus asa. Sampai kini ada jg yang tidak menjumpai sahabat sejati untuk hidup susah n senang, ada jg tidak memiliki apa yang dia mahu n perlukan dalam hidup. Kehidupan sepahit mana pon patut diteruskan dengan jiwa yang tabah dan tidak melawan ketentuannya. Apa yang penting kita perlu merubah segala2nya agar menjadi insan yang beriman, bertaqwa, berwawasan serta bermotivasi.


p/s Kepada rakan2ku diluar sana andai diriku ini ada melakukan kesalahan meluahkan perkataan yang mengguris jiwa ku mohon maaf kerana aku hanya insan biasa. Jika diriku pergi dulu sebelummu halalkan segalanya untuk ku..Ku sangat sayang kawan2 ku xkira dimana anda berada ku akan sentiasa dokan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup korang..wassalam... :)

Tuesday, August 3, 2010



Lagu ini mengingatkan kita tentang kehidupan..Hayatilah bait-bait lirik nasyid ini dari kumpulan Saujana..

Monday, August 2, 2010


Pertandingan Waja Diri Peringkat Ipta dan Sekolah Menengah



Pada hari rabu, iaitu 28.07.2010 aku menerima panggilan dari seorang sahabat yang lama tidak dihubungi iaitu Mardiah. Terkejut dan gembira bila lama dah xbersua. Ku dijemput untuk mengikuti Pertandingan Wajadiri di Kolej Insaniah di Alor Setar, Kedah.

Pada mulanya terasa sangat berat hati untuk pergi kerana masa untuk wat latihan sangatlah singkat 2 hari je lagi sedangkan ilmu persilatan yang ku belajar ingat cuma sedikit sahaja. Untuk tidak menghampakan harapan kawan ku pergi juga. My mom pada mulanya tidak mengizinkan tp setelah dipujuk Alhamdulillah mendapat keizinan.

Ku mula membuat latihan sepenuhnya pada hari Jumaat 30.07.2010. Haaah rasa tidak bersemangat dan putus asa juga kerana tiada instructor untuk mengajar kami. Selepas itu latihan disambung pada malamnya menjadapat tunjuk ajar barulah malam itu penamat segala latihan. Orang lain berlatih 2 bulan ku berlatih 2 hari..huhu


Keesokan harinya 31.07.2010 bermulalah detik dan debaran Pertandingan Wajadiri. Kami bertolak jam 8.00 pagi dan sampai disana jam 9.30 pagi agak lewat kerana perasmian pembukaan sedang bermula. Pembukaan permulaan ala terminator sangat happening dan ternganga juga la mulut tgok hehe.Team Wanita tidak cukup so ku kene masuk bergilir2 untuk 5 perlawanan. Ku wat yang terbaik Alhamdulillah tiada kesilapan yang ku lakukan semasa pertandingan itu. Apa yang ku pelajari pada hari itu ialah jangan pernah berputus asa terhadap sesuatu perkara yang aku belum pernah di lakukan. Kita
kene lakukan dulu baru tau cmne jadinya.Sebabnya ku kene jadi hero yang diserang dengan pisau tu sebab la ketakutan melanda, tp alhamdulillah keberanian masih ada untuk teruskan perjuangan dalam wajadiri.

Dalam pertandingan ini bukan hadiah menjadi rebutan tetapi pengalaman serta persahabatan yang perlu dieratkan. Jika ada rezeki alhamdulillah syukur.

Jam 3.30 ptg hari yang sama penutup Wajadiri bermula. Intekma Uitm, Uitm Shah Alam, Kolej Tun Hussein Onn banyak mengungguli pertandingan. Juara keseluruhan bagi Ipta ialah Uitm Shah Alam dan bagi sekolah menengah Kolej Kuala Kangsar Juara Keseluruhan.
Hebat2 semua perserta yang hadir.


Pada malamnya pula ada majlis makan malam bersama Ahli Wajadiri. Ada persembahan dan perjumpaan dengan Tok Guru dan sesi bergambar sudah semestinya. Maaflah gambar tidak disertakan disini kerana gambar masih tiada pada saya..Sedikit sebanya pengalaman yang dapat dikongsi bersama...

Semangat kesukanan :)

Akan datang semoga dapat menyertai Program Jom Silat 10.10..TUNGGU!!!!



Thursday, July 22, 2010

JANGAN BESEDIH..DUNIA INI BUKAN UNTUK BERSEDIH





Setiap manusia akan bersedih jika melalui satu cabaran dan kesulitan hidup. Kesedihan itu datangnya daripada syaitan untuk melemahkan jiwa manusia dan membuatkan manusia itu putus asa. Kefakiran yang menimpa serta kegagalan yang menimpa harus dihadapi dengan tabah oleh setipa insan yang bernama manusia.

Jangan besedih kerana sedih itu menentang qada dan qada dari Allah. Sepatutnya kita perlu menerima sesuatu kesedihan itu dengan reda dan tabah kerana jika kita menyesali sesuatu yang sudah pasti, pasti kita akan merasa kecewa. Tetapi ingat setiap musibah yang berlaku mempunyi nikmat dan hikmah tersendiri terhadap sesuatu perkara yang berlaku.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan setiap perkara yang terjadi pada diri kita. Allah tidak akan membebankan umatnya dengan sesuatu perkara yang tidak mampu digalas oleh umatnya.

Jangan bersedi..sedih itu akan membuatkan hati kecut, wajah menjadi suram, semangat akan padam dan harapan akan hilang.

Sedih itu akan mengganggu kehidupan masa lalu dan membuatkan kita risau akan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan dan ia akan mensia-siakan kesempatan hari ini.

Jika dunia ini tiada keimananya, maka dunia ini tidak berguna, tidak ada nilai dan makna.