Search This Blog

Thursday, July 22, 2010

JANGAN BESEDIH..DUNIA INI BUKAN UNTUK BERSEDIH





Setiap manusia akan bersedih jika melalui satu cabaran dan kesulitan hidup. Kesedihan itu datangnya daripada syaitan untuk melemahkan jiwa manusia dan membuatkan manusia itu putus asa. Kefakiran yang menimpa serta kegagalan yang menimpa harus dihadapi dengan tabah oleh setipa insan yang bernama manusia.

Jangan besedih kerana sedih itu menentang qada dan qada dari Allah. Sepatutnya kita perlu menerima sesuatu kesedihan itu dengan reda dan tabah kerana jika kita menyesali sesuatu yang sudah pasti, pasti kita akan merasa kecewa. Tetapi ingat setiap musibah yang berlaku mempunyi nikmat dan hikmah tersendiri terhadap sesuatu perkara yang berlaku.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan setiap perkara yang terjadi pada diri kita. Allah tidak akan membebankan umatnya dengan sesuatu perkara yang tidak mampu digalas oleh umatnya.

Jangan bersedi..sedih itu akan membuatkan hati kecut, wajah menjadi suram, semangat akan padam dan harapan akan hilang.

Sedih itu akan mengganggu kehidupan masa lalu dan membuatkan kita risau akan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan dan ia akan mensia-siakan kesempatan hari ini.

Jika dunia ini tiada keimananya, maka dunia ini tidak berguna, tidak ada nilai dan makna.