Search This Blog

Friday, March 25, 2011

Syukran Ya Allah...



Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Tahniah buat sahabatku Siri coz dapat sambung belajar denganku juga di USM.
Lapor diri dan orientasi pda bulan Jun ni. Terima kasih Ya Allah atas peluang menuntut ilmu yang kau berikan padaku tidak akan ku sia-siakan.


Setelah sekian lama juga menanti saat untuk sambung degree setelah duit dikumpul akhirnya tercapai jua.


Bila umur dah meningkat ni macam2 la ada. Keupayaan ingatan makin xtajam, xpeka tetapi insyaalah akan ku cuba perbaikinya dan belajar bersungguh-sungguh. Yela dulu belajar banyak juga main2. Kali ni akan cuba dan cuba yang terbaik. Walaupun lepas ni sangat sibuk dengan kerjaya dan juga belajar diharap dapat membahagikan jadual dengan sebaik mungkin.
Jangan buang masa, jangan main2, jangan ralik dan fokus pada apa yanga anda mahukan
.

Thursday, March 24, 2011

PATUTKAH PERCAYA BENDA NI??




Suatu kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita sehingga hari ini.
Percaya kepada apa sahaja yang dikatakan bomoh. Ia merupakan perkara yang syirik.
Apa yang dapat diperhatikan masyarakat kita pada hari ni berjumpa bomoh untuk mengubat segala penyakit dan ada juga yang bertanya tentang bakal suami dan menengok jodoh.


Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala perkara tersembunyi. Ada satu kisah dimana da segelintir ibu bapa dan nenek moyang yang menengok jodoh anak mereka kepada bomoh dan apa yang dikatakan bomoh tersebut sebijik seperti yang berlaku dan terjadi pada masa itu. Contohnya bakal jodoh anak kamu yang sedang berkawan sekarang ini tidak mempunyai kerja tetap, keluarganya porak peranda dan miskin.
Memang apa yang dikatakan tok bomoh tu sebijik dengan apa yang terjadi pada masa itu. Patutkah kita percaya semua yang dikatakan bomoh itu walaupun ianya memang betul???

Apakah pendapat anda sekalian?????
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Adil, apa yang ditentukannya dalam kehidupan merupakan qadak dan qadarnya. Kita tidak tahu semuanya dalam dunia ini.Percayalah padaNya tetapkan hati.

Masyaallah....
Subhanallah....




Sekadar usaha buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang...


Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah...
Ya Tuhanku..yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup..ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah die jauh dr pandanganku...
Luputkanlah dia dr ingatanku...
Dan peliharalah aku dr kekecewaan...

Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Didunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat...
membina kesejahteraan hidup...
Kejalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
solehah...

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dr azab api neraka...

Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin..