Search This Blog

Wednesday, February 15, 2012

TIADA DUKA YANG ABADI


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyayian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta dijalanNya
Namun ku percaya hati yang meyakini
Semua akan indah
pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan

terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembal


Harap ampunkan hamba-Mu ini Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu dan mati
Malam kan berakhir

hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani



Lagu : Opick sangat menyentuh jiwa dan memberi sejuta keinsafan



Tuesday, August 23, 2011

MENGGAMIT JIWA MEMORI DAUN PALAS


Assalammualaikum...

Salam Ramadan...
Salam Aidilfitri yang bakal kunjung tiba lagi beberapa hari sahaja lagi...

Hmmm lamanya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ni..Rasanya seperti tidak ada perkara yang menarik untuk dikongsi..

Apa pun hari ni perasaan berat dan sedih menyelubungi jiwa kerana salah seorang sahabatku
akan pergi melanjutkan pelajarannya di USM..Tahniah ye Miss HF.. Belajar rajin2 ye...pa pon persahabatan tetap diteruskan...

Sunyi la opis pas ni...Tak da nak kaco sapa dah...kawan2 lain pon pakat2 pindah opis..kira dah tak macam dulu dah...Tapi pa pon tetap ingat kenangan kita bersama walaupon masa begitu cepat berlalu..

Banyak perkara buruk dan baik yang berlaku pada bulan ramadhan ini kita perlu terimanya sebagai dugaan yang besar dari Allah dan perlu terimanya dengan hati yang terbuka dan redha...


Pada sahabat yang telah melalui hari2 yang sukar pada bulan ramadhan ini, harap hadapi dugaan dengan sabar kerana semua ini ada hikmah...Kami semua sayang kamu Allah sume sayang kita...

KENANGAN YANG MENGGAMIT JIWA UNTUK TATAPAN SAHABAT TERSAYANG

Bowling time sokong pasukan opis bersama cikgu melah hehe jangan marah na cikgu :)

Sukan Peringkat Kebangsaan Opis Ma

Woodball tournament



Kursus Melepaskan Stress best ooo di Pulau Pangkor


Rumah Orang Iban di Kem 504

Program di Kem 504 Askar Wataniah

Majlis sambutan Hari Lahir Kak Nani

Majlis Perkahwinan Sis Afzan :)







Thursday, July 14, 2011

Duhai Malam Bertemankan Bulan & Bintang


Dimana ada bulan disitu ada bintang
Tetapi walaupun bulan tiada bintang tetap ada
Menyinari malam yang kelam
Kerdipannya membuatkan kita tenang


Merenung bintang kadang2 mengingatkan kita pada sesuatu
Ciptaan Tuhan Yang Maha Esa
Cantik dipandang
Kenangan silam menggamit sanubari
Yang pahit ditelan dan dijadikan tauladan
Yang gembira dinanti-nantikan pada masa hadapan


Sesuatu yang belum pasti
Sebuah masa depan
Kita hanya merancang
Bertawakal, berdoa akan sebuah kebahagiaan akan datang
Menanti dengan penuh kesabaran
Moga kesabaran membuahkan sebuah keberkatan

Duhai malam yang kesunyian
Tanpamu kusepi bersamamu ku happi

Wednesday, July 13, 2011

FATWA TENTANG AJARAN QADIANI

Apa itu ajaran Qadiani?
Ajaran Qadiani satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira dan boleh terkeluar dari Islam. Oleh itu, umat islam dilarang mengamal ajaran, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta apa-apa sahaja aktiviti yang berkaitan.


Orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedar filem serta rakaman audio, tidak dibenarkan menggunakan apa-apa lambang, rajah atau tanda-tanda mengaitkan ajaran Qadiani.

Thursday, June 9, 2011

Mentaliti Berubah..Positif Thinking is Always Good



Assalammulaikum...

Alhamdulillah kerana diberikan peluang untuk hidup sejahtera pa
da hari ini..
Menikmati nikmat yang Allah berikan dengan penuh kesyukuran..
Setiap yang diberikan oleh Ilahi ada hikmahnya yang tersendiri...

Topik hari ni ialah perlukah pemikiran positif pada setiap kehidupan kita???
Cuba kita bayangkan jika personaliti kita sentiasa baik tapi orang selalu berpandangan negatif pada kita???Caranya biar apa pun pikiran buruk orang pada kita mestilah kita berperasangka baik kerana jika jika kita juga berfikiran negatif juga ia bermaksud kita sudah dipengaruhi fikiran negatif rakan kita....


Oleh itu, dalam pemilihan kawan, untuk menjadikan kita berfikiran positif, kita juga perlu mencari kawan-kawan yang fikirannya sentiasa positif...

Memang susah nak buat perkara ini kerana faktor persekitaran xkira sama ada dalam pekerjaan, belajar dan dalam hidup berkeluarga kita kena bijak mencari kawan dan sentiasa ada dalam diri positive thinking....

Ini maklumat dari pakar motivasi mengatakan bahawa jika kita berfikiran negatif pada seseorang maka orang lain pun akan berfikiran negatif pada kita...

Jadi renung-renungkan dan selamat beramal :)






Thursday, June 2, 2011

Hmmmm.....Susahnya....



Lama betul tak update blog ni....
Malas pon ada...
Bila da masa terluang baru leh tulis blog ni...
Sibuk sangat akhir-akhir ni...
Entry kali ni...Hmmmm sedihnya..
Sedih sebab da sesuatu perkara yang membuatkan terasa hati dan susah hati.....
Apa ye???
Unit xbersatu sebab xmau tolong menolong bila memerlukan pertolongan bila kita tiada...
Keje yang diberi tolak menolak je...
Minta tolong cuma untuk 1 minggu je pon bukan untuk selama-lamanya..
Huhu memang susah la nak minta tolong orang...


Kalo boleh memang xnak minta tolong sapa pon tapi dah terpaksa kerana terpaksa lapor diri ke USM...
Hmmm susah susah tapi ada seseorang yang sangat berbesar hati bila minta tolong...
Sangat respek dan sangat hargai pertolongan dia..memang xdak orang macam dia..memang susah nak jumpa orang cam tu zaman skang ni...

Apa pon doaku pada orang yang sudi menolong agar Allah balas jasa baik dia, murahkan rezeki dia serta beri perlindungan pada dia..AMIN

P/S : TQ kepada kawan2 yang sudi menolong moga Allah sentiasa berkati korang...AMIN

Saturday, May 7, 2011

PERKAHWINAN SAHABAT



Pada 30 April 2011 hari kerama bagi sahabatku Rauha yang melansungkan perkahwinan dengan teruna pilihanya Faisyal :)



Selamat Pengantin Baru moga bhgia dunia dan akhirat :)







Rauha adalah sahabat baik ketika blajar di UITM Arau dahulu housemate part 1 n 2 la katakan..


Hari tersebut pergi kenduri bersama adikku dan Fiza ke Bukit Mertajam..

Ingat senang ke nak sampai BM sesat juga ooo..mujur da sorang sahabat telah menunjukkan jalan dan kami semua selamat sampai...


Teruja melihat pelamin yang sangat cantik dan pengantin merah menyala dan menawan...

Terima kasih Fiza coz teman n sudi bawa daku ke kenduri kawan eden kalo x mmg kempunan nk p huhuhuhu....