Search This Blog

Tuesday, August 23, 2011

MENGGAMIT JIWA MEMORI DAUN PALAS


Assalammualaikum...

Salam Ramadan...
Salam Aidilfitri yang bakal kunjung tiba lagi beberapa hari sahaja lagi...

Hmmm lamanya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ni..Rasanya seperti tidak ada perkara yang menarik untuk dikongsi..

Apa pun hari ni perasaan berat dan sedih menyelubungi jiwa kerana salah seorang sahabatku
akan pergi melanjutkan pelajarannya di USM..Tahniah ye Miss HF.. Belajar rajin2 ye...pa pon persahabatan tetap diteruskan...

Sunyi la opis pas ni...Tak da nak kaco sapa dah...kawan2 lain pon pakat2 pindah opis..kira dah tak macam dulu dah...Tapi pa pon tetap ingat kenangan kita bersama walaupon masa begitu cepat berlalu..

Banyak perkara buruk dan baik yang berlaku pada bulan ramadhan ini kita perlu terimanya sebagai dugaan yang besar dari Allah dan perlu terimanya dengan hati yang terbuka dan redha...


Pada sahabat yang telah melalui hari2 yang sukar pada bulan ramadhan ini, harap hadapi dugaan dengan sabar kerana semua ini ada hikmah...Kami semua sayang kamu Allah sume sayang kita...

KENANGAN YANG MENGGAMIT JIWA UNTUK TATAPAN SAHABAT TERSAYANG

Bowling time sokong pasukan opis bersama cikgu melah hehe jangan marah na cikgu :)

Sukan Peringkat Kebangsaan Opis Ma

Woodball tournament



Kursus Melepaskan Stress best ooo di Pulau Pangkor


Rumah Orang Iban di Kem 504

Program di Kem 504 Askar Wataniah

Majlis sambutan Hari Lahir Kak Nani

Majlis Perkahwinan Sis Afzan :)







Thursday, July 14, 2011

Duhai Malam Bertemankan Bulan & Bintang


Dimana ada bulan disitu ada bintang
Tetapi walaupun bulan tiada bintang tetap ada
Menyinari malam yang kelam
Kerdipannya membuatkan kita tenang


Merenung bintang kadang2 mengingatkan kita pada sesuatu
Ciptaan Tuhan Yang Maha Esa
Cantik dipandang
Kenangan silam menggamit sanubari
Yang pahit ditelan dan dijadikan tauladan
Yang gembira dinanti-nantikan pada masa hadapan


Sesuatu yang belum pasti
Sebuah masa depan
Kita hanya merancang
Bertawakal, berdoa akan sebuah kebahagiaan akan datang
Menanti dengan penuh kesabaran
Moga kesabaran membuahkan sebuah keberkatan

Duhai malam yang kesunyian
Tanpamu kusepi bersamamu ku happi

Wednesday, July 13, 2011

FATWA TENTANG AJARAN QADIANI

Apa itu ajaran Qadiani?
Ajaran Qadiani satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira dan boleh terkeluar dari Islam. Oleh itu, umat islam dilarang mengamal ajaran, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta apa-apa sahaja aktiviti yang berkaitan.


Orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedar filem serta rakaman audio, tidak dibenarkan menggunakan apa-apa lambang, rajah atau tanda-tanda mengaitkan ajaran Qadiani.

Thursday, June 9, 2011

Mentaliti Berubah..Positif Thinking is Always Good



Assalammulaikum...

Alhamdulillah kerana diberikan peluang untuk hidup sejahtera pa
da hari ini..
Menikmati nikmat yang Allah berikan dengan penuh kesyukuran..
Setiap yang diberikan oleh Ilahi ada hikmahnya yang tersendiri...

Topik hari ni ialah perlukah pemikiran positif pada setiap kehidupan kita???
Cuba kita bayangkan jika personaliti kita sentiasa baik tapi orang selalu berpandangan negatif pada kita???Caranya biar apa pun pikiran buruk orang pada kita mestilah kita berperasangka baik kerana jika jika kita juga berfikiran negatif juga ia bermaksud kita sudah dipengaruhi fikiran negatif rakan kita....


Oleh itu, dalam pemilihan kawan, untuk menjadikan kita berfikiran positif, kita juga perlu mencari kawan-kawan yang fikirannya sentiasa positif...

Memang susah nak buat perkara ini kerana faktor persekitaran xkira sama ada dalam pekerjaan, belajar dan dalam hidup berkeluarga kita kena bijak mencari kawan dan sentiasa ada dalam diri positive thinking....

Ini maklumat dari pakar motivasi mengatakan bahawa jika kita berfikiran negatif pada seseorang maka orang lain pun akan berfikiran negatif pada kita...

Jadi renung-renungkan dan selamat beramal :)






Thursday, June 2, 2011

Hmmmm.....Susahnya....



Lama betul tak update blog ni....
Malas pon ada...
Bila da masa terluang baru leh tulis blog ni...
Sibuk sangat akhir-akhir ni...
Entry kali ni...Hmmmm sedihnya..
Sedih sebab da sesuatu perkara yang membuatkan terasa hati dan susah hati.....
Apa ye???
Unit xbersatu sebab xmau tolong menolong bila memerlukan pertolongan bila kita tiada...
Keje yang diberi tolak menolak je...
Minta tolong cuma untuk 1 minggu je pon bukan untuk selama-lamanya..
Huhu memang susah la nak minta tolong orang...


Kalo boleh memang xnak minta tolong sapa pon tapi dah terpaksa kerana terpaksa lapor diri ke USM...
Hmmm susah susah tapi ada seseorang yang sangat berbesar hati bila minta tolong...
Sangat respek dan sangat hargai pertolongan dia..memang xdak orang macam dia..memang susah nak jumpa orang cam tu zaman skang ni...

Apa pon doaku pada orang yang sudi menolong agar Allah balas jasa baik dia, murahkan rezeki dia serta beri perlindungan pada dia..AMIN

P/S : TQ kepada kawan2 yang sudi menolong moga Allah sentiasa berkati korang...AMIN

Saturday, May 7, 2011

PERKAHWINAN SAHABAT



Pada 30 April 2011 hari kerama bagi sahabatku Rauha yang melansungkan perkahwinan dengan teruna pilihanya Faisyal :)



Selamat Pengantin Baru moga bhgia dunia dan akhirat :)







Rauha adalah sahabat baik ketika blajar di UITM Arau dahulu housemate part 1 n 2 la katakan..


Hari tersebut pergi kenduri bersama adikku dan Fiza ke Bukit Mertajam..

Ingat senang ke nak sampai BM sesat juga ooo..mujur da sorang sahabat telah menunjukkan jalan dan kami semua selamat sampai...


Teruja melihat pelamin yang sangat cantik dan pengantin merah menyala dan menawan...

Terima kasih Fiza coz teman n sudi bawa daku ke kenduri kawan eden kalo x mmg kempunan nk p huhuhuhu....










Friday, March 25, 2011

Syukran Ya Allah...



Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Tahniah buat sahabatku Siri coz dapat sambung belajar denganku juga di USM.
Lapor diri dan orientasi pda bulan Jun ni. Terima kasih Ya Allah atas peluang menuntut ilmu yang kau berikan padaku tidak akan ku sia-siakan.


Setelah sekian lama juga menanti saat untuk sambung degree setelah duit dikumpul akhirnya tercapai jua.


Bila umur dah meningkat ni macam2 la ada. Keupayaan ingatan makin xtajam, xpeka tetapi insyaalah akan ku cuba perbaikinya dan belajar bersungguh-sungguh. Yela dulu belajar banyak juga main2. Kali ni akan cuba dan cuba yang terbaik. Walaupun lepas ni sangat sibuk dengan kerjaya dan juga belajar diharap dapat membahagikan jadual dengan sebaik mungkin.
Jangan buang masa, jangan main2, jangan ralik dan fokus pada apa yanga anda mahukan
.

Thursday, March 24, 2011

PATUTKAH PERCAYA BENDA NI??




Suatu kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita sehingga hari ini.
Percaya kepada apa sahaja yang dikatakan bomoh. Ia merupakan perkara yang syirik.
Apa yang dapat diperhatikan masyarakat kita pada hari ni berjumpa bomoh untuk mengubat segala penyakit dan ada juga yang bertanya tentang bakal suami dan menengok jodoh.


Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala perkara tersembunyi. Ada satu kisah dimana da segelintir ibu bapa dan nenek moyang yang menengok jodoh anak mereka kepada bomoh dan apa yang dikatakan bomoh tersebut sebijik seperti yang berlaku dan terjadi pada masa itu. Contohnya bakal jodoh anak kamu yang sedang berkawan sekarang ini tidak mempunyai kerja tetap, keluarganya porak peranda dan miskin.
Memang apa yang dikatakan tok bomoh tu sebijik dengan apa yang terjadi pada masa itu. Patutkah kita percaya semua yang dikatakan bomoh itu walaupun ianya memang betul???

Apakah pendapat anda sekalian?????
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Adil, apa yang ditentukannya dalam kehidupan merupakan qadak dan qadarnya. Kita tidak tahu semuanya dalam dunia ini.Percayalah padaNya tetapkan hati.

Masyaallah....
Subhanallah....




Sekadar usaha buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang...


Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah...
Ya Tuhanku..yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup..ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah die jauh dr pandanganku...
Luputkanlah dia dr ingatanku...
Dan peliharalah aku dr kekecewaan...

Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Didunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat...
membina kesejahteraan hidup...
Kejalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
solehah...

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dr azab api neraka...

Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin..

Sunday, February 13, 2011

Kalo Dah Sayang Tu...


Buka2 fb tengok ada cite menarik ini dihantar oleh seseorang padaku..ingin berkongsi cerita dengan kawan2...silalah baca ya..

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..




Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..



Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana . kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan .bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

P/s : kena sentiasa fikirkan positif dan menghargai apa yang kita dapat..sayangilah orang disekeliling kita seadanya...

Tuesday, February 1, 2011

Fruit Basket Inspirasi dan Motivasi Diri



Ini adalah OST cerita kartun Fruit Basket...
Cerita sangat sedih dan banyak memberi semangat motivasi kepada kehidupan kita.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tohru menjalani kehidupannya selepas kehilangan ibunya. Pada awalnya, Tohru tinggal bersama-sama datuknya, tetapi selepas itu dia terpaksa berpindah keluar buat sementara kerana rumah tersebut perlu diubah suai. Tohru mengatakan yang dia akan menumpang di rumah kawannya buat sementara waktu. Walhal, Tohru mengambil keputusan untuk membuat khemah di sebuah kawasan tanah lapang sementara menunggu rumah mereka siap. Tohru sengaja berbuat demikian kerana tidak ingin menyusahkan rakan-rakannya dan membuat mereka bimbang.

Tapak perkhemahan yang dijadikan rumah sementara oleh Tohru berkenaan sebenarnya merupakan sebahagian daripada tanah persendirian keluarga Sohma (Shigure Sohma). Tanapa mengetahui hal itu, Tohru terus menetap di sana dan membuat kerja-kerja hariannya seperti biasa iaitu, belajar dan bekerja pada masa yang sama. Suatu hari, Tohru mendapati ada sebuah rumah lain yang wujud di kawasan tersebut. Tohru pun meninjau-nijau rumah berkenaan dan berkenalan dengan Shigure.

(Shigure menerangkan tentang jenis-jenis Zodiak yang terdapat dalam kalender Cina)

Setelah berkenaln dengan Shigure, Tohru meminta izin untuk pergi ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah tersebut Tohru telah bertemu dengan Yuki Sohma, seorang pelajar yang agak popular di sekolahnya. Mereka berbual seketika dan secara tidak sengaja Yuki mengetahui tentang tempat tinggal Tohru.

(Yuki dan Tohru…(aku suka dorang bersama tapi tak menjadi kenyataan..))

Suatu malam, berlaku hujan lebat dan ribut. Tiba-tiba Yuki teringat kepada Tohru yang berkhemah di tepi bukit berhampiran rumah mereka. Yuki berasa sangat bimbang, kerana setiap kali hujan lebat tanah di kawasan bukit tersebut akan runtuh. Yuki pun bergegas ke tapak perkhemahan Tohru bersama-sama dengan Shigure sepupunya untuk memberi amaran kepada Tohru. Setibanya di sana, hujan sudah mulai lebat dan tanah bukit juga sudah mula runtuh. Yuki dan Shigure menarik Tohru keluar daripada khemah itu, tetapi Tohru berkeras ingin pergi semula ke sana kerana dia tertinggal gambar ibunya. Yuki menghalang Tohru untuk berbuat begitu apalagi Tohru sedang demam kerana keletihan bekerja dan belajar dalam satu-satu masa. Begitulah ceritanya bagaimana Tohru akhirnya tinggal di rumah keluarga Sohma.

**********

Setelah beberapa lama tinggal bersama dengan Shigure dan Yuki, Kyo kemudiannya datang ke rumah berkenaan. Keluarga Sohma menghantar Kyo kepada Shigure agar, Kyo dapat belajar untuk bergaul leboh mesra dengan orang lain. Kyo bersifat dingin dan suka menyendiri sesuai dengan sifatnya yang mewakili zodiak kucing. Pada peringkat awal, berbagai kisah lucu dan halangan yang berlaku kepada Tohru dalam usahanya untuk merapatkan diri dengan Kyo. Namun sedikit demi sedikit akhirnya, usahanya berjaya. Kyo mula bersikap agar ramah walau pun masih dengan tabiat lamanya (suka menyendiri). Namun, Kyo dan Yuki selalu berselisih faham dan bergaduh kerana mereka membawa dua karakter zodiak yang berbeza, iaitu kucing dan tikus.

********

KOMEN SECARA Peribadi

Cerita ini mengisahkan tentang zodiak-zodiak yang terdapat dalam kalender Cina. Keluarga Sohma telah disumpah dan setiap keturunannya akan membawa satu daripada karakter-karakter tersebut. Cerita ini bukan berbentuk aksi, lebih kepada sentimental dan mengajar kita cara untuk membuat keputusan dan menanggapi/menangani masalah dalam kehidupan. Dalam cerita ni banyak adegan-adengan yang menyentuh perasaan dan lucu.Cerita ini banyak memberi inspirasi terutama ketika tengah down ini akan banyak bagi semangat kerana kita akan lebih bersemangat menonton cerita ini. Betapa tabahnya gadis itu menghadapi liku-liku kehidupannya sebagai anak yatim...


Always Be There by Maher Zain


Kemana pon kita berada hanya Dialah yang tetap setia menemani hambanya walaupun hambanya itu telah banyak melakukan kesalahan.. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar Maha Pengampun Maha Memberi Petunjuk

Alllahu Akbar (many times)

If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It’s everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE’s the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar (many times)

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar (many times

Wednesday, January 26, 2011

Paham ke Tak Paham


Tengah hari yang sejuk...masa untuk berehat..banyak perkara yang bermain dalam fikiran tapi hanya ini je yang keluar...

Susah ke orang nak faham kita??
Susah juga ke kita nak paham orang??

Perangai berubah mengikut masa dan keadaan..
Seperti angin pantai yang berubah begitu juga manusia..

Faktor apakah yang menyebabkan manusia berubah???
Madah berhelah semakin berleluasa???

Dendam, dengki, permusuhan...
Oh bahaya nyer dunia ini..
Kalo kene sihir lagi la dasyat..huuhu

Apa pun amalkan segala doa-doa yang diajar oleh Rasulullah untuk benteng diri dari terkena panahan mata orang yang berniat jahat..

Antara pendiding diri yang perlu diamalkan :

1. Membaca Al-Quran
2. Selawat Shifa
3. Sentiasa solat yang cukup
4. Sentiasa berdoa agar diri dijauhkan dari terkena sihir dan panahan mata orang yg berniat jahat
5. Berzikir





Tuesday, January 11, 2011

KURSUS TEAM BUILDING 14-16.11.2010



Hari yg dituggu2 telah tiba..Happening sungguh kursus ni xlarat nak gelak la..pipi pon semakin mengembang gelak..3 hari 2 malam kursus disitu memang hilangkan tekanan anda n enjoy beb..

Antara kawan2 seperjuangan opis yg hadir


Antara aktiviti sepanjang kami disana join adventure antara AADK Negeri, AADK Daerah
dan PUSPEN Bkt Chabang :
1. Flying fox
2. Obstacle
3. Jungle Survival
4. Night Walk Drop
5. Berakit disungai Perak di Nur Lembah Lenggong
(belajar jenis2 ikatan tali dan membuat rakit sendiri)

Yang sronoknya dapat masak nasi dalam buluh, buah kelapa, botol mineral dan dalam tin minuman...Patut tahu la sal tu mana tau kot2 kita tersesat da jugak ikhtiar hidup...

Kenangan bersama Komando Taliban iaitu Encik Mohd Nor yang membuatkan kami xpenah rasa bosan ketika berada disana..dialah yang banyak membuatkan kami gelak sampai pecah perut...

Ni la Komando Taliban (Encik Mohd Nor)

Antara kata2 Encik Mohd Nor yang menjadi penangan kenangan di Kursus Team Building Nur Lembah Lenggung

1. Outdoor man
2. Bukan susah nak susah bukan senang nak senang
3. Bagaimana nak menjadikan semangkuk laksa yang sedap
4. Mencari semut hitam di atas batu yang hitam dia malam yang kelam
5. Nyayian lagu semut merah sambil mengetap gigi (palin xdapat dilupakan )
6. Terbaik di antara yang terbaik

Setiap kata2 di atas mempunyai maksud yang tersirat bukan untuk gelak sahaja tetapi ia juga merupakan semangat dan nasihat kepada kami semua...



Monday, January 10, 2011

Tu Dia Lamanya xupdate Blog Nih



Lama sungguh tak update blog nih..
Malas agaknya..Dah banyak hari tok ku sakit sibuk jaga dia la dalam minngu lepas n sehingga kini

Bawa p klinik xmo takut doktor tahan kat hospital..maklumlah begitu lah warga tua...
Sabar je la last2 skali pujuk p klinik nasib baik mo..
Tok dah xlarat nk jalan so doktor cek dalam keta ja la..
Kata doktor tok ku dia sakit ulu hati n angin je..patut la cm nk muntah tp xmo kuar.

Beberapa hari kene jg tok sabar je la dengan kerenah org tua..
Cam2 ragam..mgkin kita suatu hari nnt akan jd begitu..so kita kene berbakti pada mereka..
Tunjukkan segala kasih sayang kita padanya..
Ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dan kene sabar ketika ditimpa musibah..

Tok oh tok cucunda mu doakan agar kamu cepat sembuh leh la kita p jalan2 pasni na :)