Search This Blog

Thursday, July 14, 2011

Duhai Malam Bertemankan Bulan & Bintang


Dimana ada bulan disitu ada bintang
Tetapi walaupun bulan tiada bintang tetap ada
Menyinari malam yang kelam
Kerdipannya membuatkan kita tenang


Merenung bintang kadang2 mengingatkan kita pada sesuatu
Ciptaan Tuhan Yang Maha Esa
Cantik dipandang
Kenangan silam menggamit sanubari
Yang pahit ditelan dan dijadikan tauladan
Yang gembira dinanti-nantikan pada masa hadapan


Sesuatu yang belum pasti
Sebuah masa depan
Kita hanya merancang
Bertawakal, berdoa akan sebuah kebahagiaan akan datang
Menanti dengan penuh kesabaran
Moga kesabaran membuahkan sebuah keberkatan

Duhai malam yang kesunyian
Tanpamu kusepi bersamamu ku happi

Wednesday, July 13, 2011

FATWA TENTANG AJARAN QADIANI

Apa itu ajaran Qadiani?
Ajaran Qadiani satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira dan boleh terkeluar dari Islam. Oleh itu, umat islam dilarang mengamal ajaran, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta apa-apa sahaja aktiviti yang berkaitan.


Orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedar filem serta rakaman audio, tidak dibenarkan menggunakan apa-apa lambang, rajah atau tanda-tanda mengaitkan ajaran Qadiani.