Search This Blog

Friday, October 1, 2010

Apakah yang ada dalam kotak fikiran anda sekarang??

Apakah yang anda fikirkan sekarang???Adakah minda anda sihat?
Kita selalu fikirkan apa yang akan kita lakukan terbaik untuk diri kita tapi pernahkan kita terfikir untuk melakukan terbaik untuk kawan2 kita???? Berapa ramai kawan2 kita sanggup wat terbaik untuk kita???Ini juga salah satu persoalan yang juga kadang2 bermain difikiran kita.Hidup ini mmg susah diduga xkira di mana kita, siapa kita,kaya,miskin,hina semua ada belaka.



Kadangkala kita selalu melepaskan emosi kepada rakan2 kita yang kita sendiri tidak tersedar akan kita telah menyakiti hati mereka. Kadangkala seseorang itu memerlukan masa untuk diri sendiri tanpa diganggu,kadangkala itu setiap perkara yang berlaku didalam hidup ini perlu jawapan agar setiap org itu paham benda tersirat yang terjadi kepada orang tersebut dan mengelakkan manusia untuk berprasangka buruk sesama sendiri.

Kehidupan ini adalah anugerah ilahi bukan mudah untuk meneruskan kehidupandalam keadaan yang sangat2 berputus asa. Sampai kini ada jg yang tidak menjumpai sahabat sejati untuk hidup susah n senang, ada jg tidak memiliki apa yang dia mahu n perlukan dalam hidup. Kehidupan sepahit mana pon patut diteruskan dengan jiwa yang tabah dan tidak melawan ketentuannya. Apa yang penting kita perlu merubah segala2nya agar menjadi insan yang beriman, bertaqwa, berwawasan serta bermotivasi.


p/s Kepada rakan2ku diluar sana andai diriku ini ada melakukan kesalahan meluahkan perkataan yang mengguris jiwa ku mohon maaf kerana aku hanya insan biasa. Jika diriku pergi dulu sebelummu halalkan segalanya untuk ku..Ku sangat sayang kawan2 ku xkira dimana anda berada ku akan sentiasa dokan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup korang..wassalam... :)