Search This Blog

Tuesday, August 3, 2010



Lagu ini mengingatkan kita tentang kehidupan..Hayatilah bait-bait lirik nasyid ini dari kumpulan Saujana..

Monday, August 2, 2010


Pertandingan Waja Diri Peringkat Ipta dan Sekolah Menengah



Pada hari rabu, iaitu 28.07.2010 aku menerima panggilan dari seorang sahabat yang lama tidak dihubungi iaitu Mardiah. Terkejut dan gembira bila lama dah xbersua. Ku dijemput untuk mengikuti Pertandingan Wajadiri di Kolej Insaniah di Alor Setar, Kedah.

Pada mulanya terasa sangat berat hati untuk pergi kerana masa untuk wat latihan sangatlah singkat 2 hari je lagi sedangkan ilmu persilatan yang ku belajar ingat cuma sedikit sahaja. Untuk tidak menghampakan harapan kawan ku pergi juga. My mom pada mulanya tidak mengizinkan tp setelah dipujuk Alhamdulillah mendapat keizinan.

Ku mula membuat latihan sepenuhnya pada hari Jumaat 30.07.2010. Haaah rasa tidak bersemangat dan putus asa juga kerana tiada instructor untuk mengajar kami. Selepas itu latihan disambung pada malamnya menjadapat tunjuk ajar barulah malam itu penamat segala latihan. Orang lain berlatih 2 bulan ku berlatih 2 hari..huhu


Keesokan harinya 31.07.2010 bermulalah detik dan debaran Pertandingan Wajadiri. Kami bertolak jam 8.00 pagi dan sampai disana jam 9.30 pagi agak lewat kerana perasmian pembukaan sedang bermula. Pembukaan permulaan ala terminator sangat happening dan ternganga juga la mulut tgok hehe.Team Wanita tidak cukup so ku kene masuk bergilir2 untuk 5 perlawanan. Ku wat yang terbaik Alhamdulillah tiada kesilapan yang ku lakukan semasa pertandingan itu. Apa yang ku pelajari pada hari itu ialah jangan pernah berputus asa terhadap sesuatu perkara yang aku belum pernah di lakukan. Kita
kene lakukan dulu baru tau cmne jadinya.Sebabnya ku kene jadi hero yang diserang dengan pisau tu sebab la ketakutan melanda, tp alhamdulillah keberanian masih ada untuk teruskan perjuangan dalam wajadiri.

Dalam pertandingan ini bukan hadiah menjadi rebutan tetapi pengalaman serta persahabatan yang perlu dieratkan. Jika ada rezeki alhamdulillah syukur.

Jam 3.30 ptg hari yang sama penutup Wajadiri bermula. Intekma Uitm, Uitm Shah Alam, Kolej Tun Hussein Onn banyak mengungguli pertandingan. Juara keseluruhan bagi Ipta ialah Uitm Shah Alam dan bagi sekolah menengah Kolej Kuala Kangsar Juara Keseluruhan.
Hebat2 semua perserta yang hadir.


Pada malamnya pula ada majlis makan malam bersama Ahli Wajadiri. Ada persembahan dan perjumpaan dengan Tok Guru dan sesi bergambar sudah semestinya. Maaflah gambar tidak disertakan disini kerana gambar masih tiada pada saya..Sedikit sebanya pengalaman yang dapat dikongsi bersama...

Semangat kesukanan :)

Akan datang semoga dapat menyertai Program Jom Silat 10.10..TUNGGU!!!!