Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

Fruit Basket Inspirasi dan Motivasi Diri



Ini adalah OST cerita kartun Fruit Basket...
Cerita sangat sedih dan banyak memberi semangat motivasi kepada kehidupan kita.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tohru menjalani kehidupannya selepas kehilangan ibunya. Pada awalnya, Tohru tinggal bersama-sama datuknya, tetapi selepas itu dia terpaksa berpindah keluar buat sementara kerana rumah tersebut perlu diubah suai. Tohru mengatakan yang dia akan menumpang di rumah kawannya buat sementara waktu. Walhal, Tohru mengambil keputusan untuk membuat khemah di sebuah kawasan tanah lapang sementara menunggu rumah mereka siap. Tohru sengaja berbuat demikian kerana tidak ingin menyusahkan rakan-rakannya dan membuat mereka bimbang.

Tapak perkhemahan yang dijadikan rumah sementara oleh Tohru berkenaan sebenarnya merupakan sebahagian daripada tanah persendirian keluarga Sohma (Shigure Sohma). Tanapa mengetahui hal itu, Tohru terus menetap di sana dan membuat kerja-kerja hariannya seperti biasa iaitu, belajar dan bekerja pada masa yang sama. Suatu hari, Tohru mendapati ada sebuah rumah lain yang wujud di kawasan tersebut. Tohru pun meninjau-nijau rumah berkenaan dan berkenalan dengan Shigure.

(Shigure menerangkan tentang jenis-jenis Zodiak yang terdapat dalam kalender Cina)

Setelah berkenaln dengan Shigure, Tohru meminta izin untuk pergi ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah tersebut Tohru telah bertemu dengan Yuki Sohma, seorang pelajar yang agak popular di sekolahnya. Mereka berbual seketika dan secara tidak sengaja Yuki mengetahui tentang tempat tinggal Tohru.

(Yuki dan Tohru…(aku suka dorang bersama tapi tak menjadi kenyataan..))

Suatu malam, berlaku hujan lebat dan ribut. Tiba-tiba Yuki teringat kepada Tohru yang berkhemah di tepi bukit berhampiran rumah mereka. Yuki berasa sangat bimbang, kerana setiap kali hujan lebat tanah di kawasan bukit tersebut akan runtuh. Yuki pun bergegas ke tapak perkhemahan Tohru bersama-sama dengan Shigure sepupunya untuk memberi amaran kepada Tohru. Setibanya di sana, hujan sudah mulai lebat dan tanah bukit juga sudah mula runtuh. Yuki dan Shigure menarik Tohru keluar daripada khemah itu, tetapi Tohru berkeras ingin pergi semula ke sana kerana dia tertinggal gambar ibunya. Yuki menghalang Tohru untuk berbuat begitu apalagi Tohru sedang demam kerana keletihan bekerja dan belajar dalam satu-satu masa. Begitulah ceritanya bagaimana Tohru akhirnya tinggal di rumah keluarga Sohma.

**********

Setelah beberapa lama tinggal bersama dengan Shigure dan Yuki, Kyo kemudiannya datang ke rumah berkenaan. Keluarga Sohma menghantar Kyo kepada Shigure agar, Kyo dapat belajar untuk bergaul leboh mesra dengan orang lain. Kyo bersifat dingin dan suka menyendiri sesuai dengan sifatnya yang mewakili zodiak kucing. Pada peringkat awal, berbagai kisah lucu dan halangan yang berlaku kepada Tohru dalam usahanya untuk merapatkan diri dengan Kyo. Namun sedikit demi sedikit akhirnya, usahanya berjaya. Kyo mula bersikap agar ramah walau pun masih dengan tabiat lamanya (suka menyendiri). Namun, Kyo dan Yuki selalu berselisih faham dan bergaduh kerana mereka membawa dua karakter zodiak yang berbeza, iaitu kucing dan tikus.

********

KOMEN SECARA Peribadi

Cerita ini mengisahkan tentang zodiak-zodiak yang terdapat dalam kalender Cina. Keluarga Sohma telah disumpah dan setiap keturunannya akan membawa satu daripada karakter-karakter tersebut. Cerita ini bukan berbentuk aksi, lebih kepada sentimental dan mengajar kita cara untuk membuat keputusan dan menanggapi/menangani masalah dalam kehidupan. Dalam cerita ni banyak adegan-adengan yang menyentuh perasaan dan lucu.Cerita ini banyak memberi inspirasi terutama ketika tengah down ini akan banyak bagi semangat kerana kita akan lebih bersemangat menonton cerita ini. Betapa tabahnya gadis itu menghadapi liku-liku kehidupannya sebagai anak yatim...


No comments:

Post a Comment